Tips Ikat Suami

Biasa tak dengar orang tua-tua cakap macam ni,
“Nak ikat suami, jaga perutnya”.

Jadi, macam mana nak jaga perut suami? Jom tengok tips kat bawah ni.

(1) Jaga dengan menyediakan makanan berkhasiat

Perut adalah otak kedua, yang mana, separuh dari hormon dopamin dan sebahagian besar serotonin dihasilkan di usus.

Bakteria baik dalam usus memerlukan nutrien dan enzim dari makanan yang berkhasiat. Apabila jumlah bakteria baik ini terganggu, ia bukan saja mengganggu usus, tapi juga menyebabkan ketidakseimbangan mental dan emosi.

(2) Jaga supaya perut tak boroi

Perut buncit berlaku bila lemak visceral menimbun di dalam badan.

Apa benda lemak visceral ni? Ha.. Lemak visceral adalah lemak yang membalut organ dalam badan kita. Bahaya lemak ini adalah ia boleh mengganggu fungsi hormon, terutama insulin. Tak semena-mena kena diabetes pula nanti.

(3) Jaga dgn menyediakan makanan membina myelin

Apa itu myelin? Myelin adalah lapisan yang melindungi saraf kita. Selain daripada melindungi, fungsi myelin adalah menghantar isyarat antara saraf. Semakin tebal myelin, maka semakin cepat impuls isyarat sampai.

Kalau myelin nipis atau tak ada?  Hmm.. kalau macam ini senang kata, respon pun lambat atau tak ada respon. Erh.. seram pulak kita dengar..

Bila kita jaga perut suami dgn cara-cara di atas, suami kita bukan sahaja sihat fizikalnya, malah emosi pun OK. Tip top! Mudah-mudahan berkekalan hingga ke syurga..



Haa begitulah sedikit tips dikongsi bersama. Jadi, apa ikhtiar kita?

Masak sendiri lah kan? Masak di rumah, masak dengan cinta orang kata, lebih afdhol.. kalau yang kita beli, makanan yang dimasak tu banyak garam, gula.. kalori tinggi tu.. MSG jangan kata lah, sure banyak, tu yang sedap terbuai-buai tuu.. Dah tu, masak lama-lama sampai kalau sayur tu sampai lembik lah, boleh telan gitu je huhuhu hilang nutrien penting.

Tapi ada jugak yang jual makanan sihat lagi menyihatkan. Contohnya macam makanan Eat Clean tu kan. Tapi jenuh jugak nak keluar modal tu.

So yang paling prktikal? Masak sendiri supaya kita boleh kontrol amaun gula dan garam lah terutamanya. Dan macam saya sendiri pun memang suka masak stail Eat Clean. Sayur stir-fry atas api sekejap je. Jenis masak memang cepat, tak suka masak jenis berkalori tinggi macam gulai, kari tu.. sesekali layan jugak selera suami tu.. tapi tak boleh selalu kan... nanti boroi.. ingat tips di atas. Hehehe.. Mujur pun suami jenis aktif, jadi kalori daripada yang dimakan cepat dibakar jadi tenaga.

Tapi ada lagi satu masalah ni. Bahan mentah. Senang ke nak dapatkan bahan mentah yang semulajadi dan lebih-lebih lagi yang organik?

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di pasaran kebanyakannya dah diubahsuai secara genetik. Terma BI dia Genetically Modified Organism (GMO). Dah tak asli, tak natural apatah lagi organik. Memang tak lah kan. So nutrien dah kurang. Ada juga yang telah terdedah kepada kepada racun serangga perosak.

Makanan laut pulak dah terdedah dengan pencemaran, toksik. Ada juga ikan yang dibela dalam kolam dan diberi makan makanan dari sumber yang tiada nutrisi. Menurut kajian, salmon diternak yang banyak dijual sekarang mempunyai kadar nutrien yang sangat rendah. Jadi kalau seorang dewasa perlukan nutrien seperti Omega-3, kalsium dan protein daripada seekor ikan salmon saiz sederhana, sebenarnya dia hanya dapat kurang separuh daripada setiap nutrien tu. Cukup ke? Mestilah tak, kan?

Ayam ? Pun banyak diberi ubat hormon. Boleh pilih ayam organik atau ayam kampung.
Daging? Lalu ke setiap hari nak makan daging je. Daging ni paling lambat dicernakan tau.

Jadi, lama jugak saya fikir pasal bab makan ni lagi-lagi lepas bersalinkan anak sulung, 7 tahun lepas. Saya banyak tanya pendapat orang jugak dan ambil berat nasihat orang tua yang “dah makan garam dulu” kan. Hehehe.. proses nak menyusukan anak, susu badan nak bernutrien tinggi saya pun kena makan makanan yang berkhasiat tinggi. Lepas tu nanti cukup 6 bulan nak bagi anak makan, dalam masa yang sama nak jaga perut suami lagi.

Kesimpulannya, satu family kesihatan harus tip top. Kena cari suplemen untuk bantu tampung lompong-lompong nutrisi dari diet harian yang tak pasti seimbang atau tak ni.

Dalam saya mencari tu, Allah temukan saya dengan suplemen yang terbaik lah sebab sampai sekarang pun, selepas 6 tahun, saya dan keluarga masih amalkan suplemen-suplemen ini. Yang pertama sekali saya ambil ESP dan alfalfa shaklee untuk penyusuan saya. Alhamdulillah, anak-anak saya semua menyusu badan. Jadi, saya kena topup nutrien untuk badan saya sendiri dan susu saya. Jadi saya teruskan dengan tambah vitamin harian seperti Vitamin C, B Complex, Multivitamin Vitalea, minyak ikan OmegaGuard dan kalsium Ostematrix. Suami pun makan. Anak-anak pun makan minyak ikan OmegaGuard, Chewable vitamin C, Meal Shake dan ESP.

Haa ni baru permulaan kami amal suplemen tau.. sebab risau punya pasal dengan kesihatan keluarga. Jujur saya pernah diuji beberapa kali dengan tahap kesihatan yang membimbangkan. Mak, abah dan adik-beradik saya semua pengamal suplemen shaklee ni. InshaaAllah saya akan kongsikan di post lain.

Yang saya ingin tekankan di sini, alhamdulillah tahap kesihatan kami meningkat dari tahun ke tahun. Kalau 6 tahun lepas, kulit saya kusam tak bermaya, badan menggeleber, sekarang kulit kental awet muda lah senang cakap. Sebab apa yang kita makan untuk dalaman, akan terserlah ke luaran kan? Suami pun lebih bertenaga dan berat dah naik sikit. Anak-anak pulak memang susah nak jatuh sakit. Kalau sakit pun sehari je macam tu. Nutrisi yang cukup inshaaAllah dan saya beri immune booster Nutriferon. Memang berkesan sangat. Lagi-lagi lah kalau suplemen tu daripada sumber asli/natural dan telah diuji secara klinikal ianya SELAMAT, TERBUKTI dan BERKESAN macam shaklee ni.

Saya rekomen sangat suplemen ni pada you all yang memang sibuk tak sempat nak sediakan makanan berkhasiat kepada keluarga setiap hari. Boleh hubungi saya di whatsapp untuk saya bantu.

InshaaAllah saya akan bantu.

Best Regards,
Dyan Razis 019-6658599
FB Personal: Nur Diana

Comments

Popular Posts