Review: Children-friendly / Family-friendly Cinema

Family-friendly Cinema atau dalam BM nya Pawagam Mesra Keluarga. Eh betul ke? Alah, tak kisahlah.

I cuma nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga di GSC PlayPlus Hall, IOI Mall Puchong. GSC baru je adakan PlayPlus Hall ni. Kalau TGV, MBO dah lama ada dah. Kira GSC baru ikut jejak langkah la. Mungkin kerana permintaan yang tinggi.

Ok. Masa my husband and I decide nak bawa anak-anak tiga orang ni tengok Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, I memang dah aim nak cari cinema yang children-friendly. I google je children-friendly cinema dan dapat lah cinema yang paling hampir dengan tempat kami, GSC IOI Mall Puchong.

Terus masuk ke website die dan baru lah tahu rupanya GSC baruu je lagi ada children-friendly hall ni dan satu-satunya buat masa sekarang ni.



Ada seat biasa, CuddleCouch and Beanbag too.. beanbags baris depan-depan. Seat biasa belakang-belakang. CuddleCouch bahagian tengah. Of course la kami pilih CuddleCouch kan..


Kami beli tiket online pakai mobile app GSC je. I chose CuddleCouch that could fit 2 adults and 2 children. Kami berlima, Julia not counted sebab baru setahun jagung dan masa tu I fikir Julia boleh duduk atas Ummi dia ni je. So off we go on 14th April, movie pukul 10.05pm.

Sampai-sampai ingatkan kena print tiket dulu sebab dah guidelines pada tiket online tu macam tu. I cari lah kiosk nak print, tapi takde. Tanya staff di gate masuk, dia cakap, “scan QR je kak”.. fuh lagi senang rupanya. Satu 🌟

So terus lah kami masuk di ruang menunggu. Ruang menunggu ni untuk ticket holders je. Terus link ke pintu masuk utama PlayPlus Hall. Ada playground. Budak-budak boleh main dulu sebelum masuk ke hall. Tapi masa tu tinggal beberapa minit je pun. Staff panggil masuk hall dan cakap kat dalam pun ada, boleh main.. happyy laa Adam (7 years old). Ting! Satu 🌟 lagi.

Teruslah kami berlima masuk dan cari seat CuddleCouch. Tak sabar sangat masa tu hahaha.. jakun betul! Tapi kids semua tuju ke slide tinggi dulu. Imagine cinema hall kan menurun. So slide tu dr atas sampai bawah. Kat bawah ada kolam yang dipenuhi bola-bola kecil warna-warni. Aisyhhh tak melompat Adam dengan Jasmin?

CuddleCouch tadi apa cerita? Haha Memang cosy sangat lah. Julia (1 year old) buat macam kat rumah je. Merangkak dari hujung ke hujung couch, digilisnya kakak Jasmin (3 years old) dia sekali 🤣. Sepanjang cerita Upin Ipin tu memang tak dok diam. Dia pun konon faham cerita, gelak jerit semua. Excited apa taktau 😅 Tambah lagi satu 🌟😃

Foto 4
So you all boleh bayangkan lah, in the hall while we watch the movie, kids are playing with the long slide that goes into a pool of colorful tiny balls tu kan.. ada yang berlari-lari main kat playground kat depan bawah screen tuu 😆😆😆

Masa awal-awal movie nak mula tu, parents semua panggil la anak masing-masing duduk kannn... 15 minutes later one kid started to go up the slide. And followed by another kid... and then another kid. Soon there were noises 🤣🤣🤣 sooo like home...

Foto 5:Slide tinggi di bahagian tepi kanan hall

Foto 6: Playground bawah screen

Adam joined later on the slides but then as Mat Jenin started lawan-lawan with Raja Bersiong, dia just duduk kat pool dan tengok dari situ. This attracted him most lah kan.. boys.. Nasib baik tak beli seat Beanbag kat dia, rugi je bukan duduk pun 😂😂😂 Dah nak hujung baru datang kat kitorang dok cari popcorn.

Jasmin lain pulak ceritanya. She stayed focus in her seat once the movie started. Mimicking every word and action. Not distracted at all by other kids who were playing around the hall. Seronok tengok dia ikut-ikut aksi upin ipin and friends. Ok, bagi lagi satu bintang la.. ting! 🌟

Foto 7

I would say, if you want to focus on the movie, choose another cinema instead 🤣🤣🤣

It was a fun experience for the kids actually. I give 4 stars ⭐️⭐️⭐️⭐️.

Would love to try other children-friendly cinemas after this.

Best Regards,
Dyan Razis 019-6658599
FB Personal: Nur Diana

Sumber foto 1-3: website GSC

Comments

Popular Posts