Jurnal TnF8: Waktu Makan dan Tidur yang Tepat

Salah satu rutin mingguan dalam cycle 100 hari program Trim & Fit ialah TIDUR.

Trim & Fit in 100 Days ialah Program kurus online dan DIY melalui WhatsApp Support Group yang kami mulakan sejak November 2015.

Dari batch 1 sampai lah batch 7, kami hanya limitkan penyertaan kapada 20 orang sahaja.

Di atas feedback yang positif daripada peserta-peserta terdahulu, batch 8 ini kami buka untuk 30 penyertaan. Alhamdulillah dah masuk minggu kesembilan.

Rutin TIDUR ni sebenarnya kami mulakan semasa mnggu keenam. Peserta dibiasakan dari satu rutinke satu rutin untuk diadsptasi sebagai gaya hidup.

Tidur cukup berapa jam diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza.
Waktu tidur juga mempengaruhi kadar metabolik badan serta fungsi minda.

Jadi tidur ni sebenarnya penting. Tak boleh kurang sangat, tak boleh lebih.

Untuk entry ni, saya panjangkan perkongsian yang kami di Trim & Fit turut manfaatkan bersama.
Iaitu WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI.

Waktu bila yang baik untuk makan dan tidur menurut fisiologi badan kita.

🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
Elakkan makan dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Moga bermanfaat dan membantu pengurusan berat badan kita semua secara total.

Best Regards,
Dyan Razis 019-6658599
FB Personal: Nur Diana

Comments

Popular Posts