Diari TnF #6: Sampai bila nak salahkan "environment"?

I have to agree with this. Salah seorang admin utama TnF ada mengutarakan perkara ini. Saya quote seperti di bawah:

" Kalau Kita Hanya hoping we change, we will produce the same results..... & Kita akan continue salahkan anak lah, familylah, kenduri, kerja, takde masa, apa2 about our environment semua salah..... "

Sampai bila kita nak lepas tangan terhadap sesetengah perkara yang kita lakukan, cakapkan atau fikirkan? 'Be responsible', kata omputeh.. Betul ? Setuju ? Abah saya selalu sebut, "kita yang buat dia". Maksudnya, semua di tangan kita. Nak seribu daya, kalau dah tak nak tu berjuta-juta lah dalihnya. Faham ke faham ?

"It takes two to tango".



Kerjasama kumpulan memang sangat penting. Bayangkan sebuah organisasi yang hanya diterajui seorang sahaja. Semua perkara dia kena fikir seorang diri. Agak-agak lepas 3 bulan di mana organisasi itu berada ? Masih hidup atau terkubur?

Sama juga dengan program-program nak sihat nak kurus ni.. kita sama-sama ambil bahagian dalam kumpulan; cetus idea, beri sokongan, ambil tindakan jika tersasar dari visi dan misi dan saling memberi peringatan supaya setiap kita tidak lari dari landasan. Tips dan info sentiasa di berikan, tetapi jika tiada tindakan susulan tak berguna jugak kan? Untuk siapa? Untuk diri kita juga..

Sebab itu seperti yang pernah saya post sebelum ini tentang "semuanya PERCUMA!!", ya, dalam TnF semua kami bagi percuma.. tiada bayaran dikenakan. Tinggal anda sahaja yang nak buat atau tidak.

Anda tidak perlu menjadi seorang yang obes untuk menyertai TnF..

Jika anda rasa anda tak 'fit', lembik lesu tak bermaya, malas untuk menyertai aktiviti rekreasi, terus bagi nama untuk program TnF musim seterusnya.

Yang BMI atas normal sudah tentulah lebih digalakkan.. nama pun "Trim and Fit" kan... kita trim dan kita fit kan lagi.. kurangkan berat dan kurangkan inci !!

Untuk mendaftar, WhatsApp Dyan di 0196658599 sekarang..


Comments

Popular Posts