Projek 'Trim and Fit' 2015/2016

Tanggal 1 November 2015, cabaran 'Trim & Fit in 100 Days' yang diterajui oleh keluarga 'Wholesome Wellness Family Global' telahpun bermula!!

Maaf kepada yang tak dapat masuk dalam list Kumpulan Pertama ni sebab saya sendiripun dan setahun lebih tak update tulisan di blog... rindu sangat nak berblog sebenarnya.. Alhamdulillah, anak sulong si Adam Nur Salim dah 3 tahun 6 bulan sekarang dan sudah boleh faham privasi kerja ummi nya. Tetapi anak tetaplah anak. Tiba ragamnya kalah juga ummi pada kehendak dia. Saya tetap bersyukur sangat ke hadrat Allah..

Sekarang, berbalik pada projek yang kami pendekkan kepada TnF, senang sikit nak sebut hihi.. Alhamdulillah masuk hari ini genap 14 hari i.e. 2 minggu berjalannya projek ini. Kami telah wujudkan sebuah kumpulan di aplikasi 'WhatsApp' bagi memudahkan kami memantau perkembangan peserta setiap hari. Pelbagai tips dan info dikongsikan bersama-sama samada dari pihak admin mahupun peserta. Kami menekankan konsep 'Have Fun while we Trim and Fit!!' supaya peserta tidak terlalu tertekan dengan tabiat yang baru sempena projek ini.

Setiap 7 hari i.e. genap 1 minggu peserta akan melaporkan perkembangan berat dan ukurlilit bahagian badan tertentu dan pihak admin projek akan buat 'post-mortem' bagi membantu meningkatkan prestasi setiap peserta. Alhamdulillah, peserta-peserta memberikan kerjasama yang baik. Nampak kesungguhan mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Sekian dulu perkongsian berkenaan TnF hari ini.

Sudi-sudi lah berkawan dengan saya di facebook:
Nama: Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu 

Untuk perkongsian TnF di fb Page, boleh 'like' page:
 Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia 


Comments

Popular Posts