Diary TnF #3: Semuanya PERCUMA!

Betul! Dalam program ini, kita tidak bayar sesiapapun! Semua tips, info, masa dan komitmen yang diberikan adalah PERCUMA! Jadi, rugi sangat sekiranya ahli kumpulan sekarang dan bakal peserta yang akan datang tidak memanfaatkan betul-betul program TnF ini..


Indahnya jika kita bertemu dengan orang-orang yang tidak meminta apa-apa selain persahabatan.

Ya, itu lah yang Dyan dan team WWFG praktikkan dalam usaha kami membantu keluarga dan kenalan rapat dan jauh untuk sama-sama meningkatkan kualiti hidup. Untuk sama 'Trim and Fit'! Untuk sama-sama mencapai matlamat walaupun berbeza hasilnya.

Pada minggu pertama, kami berkongsi tips nutrisi dan tabiat pemakanan sihat masing-masing. Meriah! Masing-masing tak nak kalah mempamerkan sajian sarapan, tengahari dan malam. Memang seronok! Disamping berkongsi, kami juga bertukar-tukar idea untuk sajian sihat hari-hari seterusnya.. seperti yang pernah saya kongsikan dalam tulisan yang lalu berkenaan pentingnya kita merancang pemakanan harian kita termasuklah sekiranya kita perlu mengambil suplemen tambahan. 

Pada minggu kedua, kami fokus perkongsian berkenaan aktiviti senaman sebagai rutin tambahan. Tak sangka ramai yang sudah berkecimpung dengan senam tari Zumba! Dyan pun kalau ada peluang memang nak sertai menari Zumba ni. Ada pelbagai level pulak tu, dari asas sehingga ke 'expert'. Wow sangat! Bagi yang tidak berzumba pula, ada yang memilih untuk ke gym dan bersenam tubi di rumah atau tempat kerja. Semangat! Itu yang kami harap dan terapkan selalu.


Sudi-sudi lah jadi kawan fb Dyan:
 Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu  

Untuk info dan tips berkenaan projek TnF, sila 'like' fb page:
 Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia  


Comments

Popular Posts