Sharing : 50 TANDA ANAK CERDAS.

[Dipetik dari Majalah Pa&Ma 2011]

Mempunyai anak yang pintar dan cerdas adalah impian semua ibu bapa. Kita sebenarnya boleh melatih kecerdasan anak-anak sejak dari mereka kecil melalui aktiviti seharian ketika bersama mereka. Berikut merupakan 50 perkara dan aktiviti yang menandakan anak anda seorang yang cerdas.

Let's check !

1. Kenal Wajah Anda – Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya. Checked. Age 3 mo.
2. Berbual dengannya – Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan. Checked. Age around 2-3 mo.
3. Memberi senyuman – Anda senyum kepadanya dan dia pun akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya. 
Checked. My father noticed this as early as in the first week after birth, but nobody including myself dared to agree to it, but later after a week, we cud see that he's responding. He stared and smiled to the people holding him (particularly those who're always around him at home).
4. Bertindak balas kepada permainan kesukaan – Asyik bermain dengan permainan kesukaannya. Cuba anda ambil barang itu, dia pasti akan menjerit. 
Checked. Age around 3 mo. His ABC Foam Mat kitorg buat jd mcm rumah. Actually that toy was meant for toddlers age 3 yrs and above, purposely bought earlier to generate his mind and rough motor. He always wants to put them in his mouth and will cry as we drew him away or take it off his hands. Now, as he's already in walker, whenever he gets his favourite toy, die akan laju2 pegi bwk lari smbil tgn dok ke dpn, mcm bwk trofi itu.. keh3.. If we stretch our hands closer to him, he'll scream 'coz he thinks we are going to snatch the toy from him.. Kinda hilarious watching him~ hahah.. But be careful uols, anak ni kite jgn seksa jiwa dia.. kalo takmo bg satu2 bende pd die, make sure bende tu die x nmpk. jgn saje2 sakat, dh bg, then ambik balik.. sian baby.. sy mmg tak suke buat camtu pd anak sy n sy x suke org lain buat mcm tu pd anak sy.. sakit hati sbb dorg x paham.. jgn bg anak kecewa, efek jiwa die.. :(
5. Tahu apabila namanya dipanggil – Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucapkan setiap hari. 
Checked. Age 3 mo.
6. Mencapai objek – Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah. 
Checked. Age 4 mo.
7. Berminat objek yang terang – Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seumpama ini, dia akan pantas mencapainya. 
Checked. Age 2 mo.
8. Suka merenyukkan objek lembut – Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik. 
Checked. Age  2mo.
9. Ketawa bersama – Si manja suka anda menggeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian. 
Checked. Age 3 mo. Earlier, only me can do that.
10. Boleh membuka dan menutup genggaman tangan – Cubalah permainan seperti ‘cak cekur’ sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila-bila masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu. 
Checked. Age 3 mo.
11. Bergerak dengan yakin – Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula menunjukkan usaha untuk mencapai objek yang disukai dengan hanya mengesot. Si manja sudah mula menunujkkan sikap terujanya. 
Checked. Age 4 mo.
12. Tepuk tangan – Bersama si manja menyanyi dan menepuk tangan sambil mengerakkan badannya ke kanan dan kiri. Dia akan tersenyum gembira dengan aktiviti ini. 
Checked. Age 6 and a half mo.
13. Tidur dengan lena – Si manja tidur dengan lena dalam tempoh yang lama antara 2 hingga 3 jam. Selepas bangun tidur, si manja dibiarkan bermain sendirian dan dia tidak merengek. 
Checked. Age 4 mo. Mmg suke kalo tgk die tdo lame sbb bile bgn, dia angkat main sorg2, skrg dh guling2, die akan guling2 smpi bosan br die jerit panggil ummi die.. huk..
14. Suka mandi – Sayang jom mandi! Suka menyentuh air semasa mandi dan tersenyum gembira. Begitu juga selepas mandi semasa memakainya pakaian. 
Checked. Since birth ! janji perut kenyang.. skrg dh besar, klua dari tab mandi die pun dh jerit2 nk masuk balik.. adoiyaiii~
15. Urutan – Bayi suka badannya diurut. Lakukan secara rutin. Urut bahagian kaki, badan, tangan dan mukanya. Jika dilakukan secara rutin, si manja mudah tidur dengan lena. 
Checked. Age  1 mo.. Actually dh boleh urut sejak umur 4 hari tau.. dh sebulan tu br tau.. huk..
16. Suapan sayang – Si manja dengan mudah makan makanan pejalnya apabila anda memujuknya seperti “vroom, vroom, kereta nak masuk gua, aaa buka mulut sayang!”. Pastinya si manja membuka mulut. 
Checked.
17. Aksi spontan – Cara santai untuk bermain dengan si manja dengan meniup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindak balasnya. Pastinya dia akan ketawa!. 
Checked.
18. Mari berdansa – Peluk dan dukung bayi mengikut irama muzik yang rancak. Pasti si manja teruja dan ketawa. 
Checked.
19. Kenalkan buku – Duduk bersamanya membaca buku. Baca buku berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali. 
Checked. Alamak, dh dok baca kt dia since birth.. ok la tuh kan.. dia suka tgk gambaq~ la baghu 7 bln stgh. Dr 6 bln lg dok rebut buku dgn ummi.. apa ummi baca smua dia nk baca tp boh lam molot dulu.. haruuu~
20. Bermain dengan abangnya – Biarpun masih kecil, si manja turut mempunyai perasaan ingin berkawan. Biarkan abangnya mengagahnya. Si manja ketawa apabila abangnya membuat muka lucu. Checked. But with other kids. Dia sulong~
21. Permainan sorok – Sorokkan barangan permainan kesukaannya. Si manja akan seronok melihat objek yang hilang dan muncul kembali. Ia akan membuatkannya ketawa. Checked.
22. Bermain dengan makanan – Sediakan makanan dengan tekstur berbeza termasuk lobak yang direbus dan dihiris halus, bijirin, pasta atau cebisan ayam yang dikisar atau hirisan ikan. Cara ini si manja dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya. Owh, not yet done, tp penah la buat secara berasingan setiap method.. shud try nih..

23. Menonton tv – Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi dan warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuatkan dia asyik seketika. 
Checked.  Asal bnuyi lagu2 je mesti die tgk, paling die khusyuk kalau time iklan "Bananana~~~~".. So exciting tgk die, tp sy tak galakkan anak tgk TV.. Selalu bia die main je..
24. Permainan tekan dan bunyi – Sediakan permainan yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Si manja pasti teruja apabila dia tertekan pada permainan itu dan mengeluarkan bunyi. 
Checked. Br je beli Ipad n Iphone for kids.. Tp Iphone tu mcm tak bekesan sgt.. nk bli the other one yg name "cute cellphone" tu..
25. Bergolek ke sana sini – Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek di merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih dan tiada objek yang tajam supaya si manja bergerak dengan selamat. 
Checked.
26. Nyanyikan lagu – Nyanyilah apa sahaja lagu sama ada yang anda reka (mari kita pakai baju, pakai baju…) atau didapati di internet. Lagu membuatkan bayi semakin aktif dan ceria. 
Checked.
27. Sentuhan dan rasa – Sediakan satu kotak kain dengan tekstur yang berbeza-beza seperti kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. 
Not yet done.
28. Petik bunga – Sambil dukung bayi, bawalah dia ke taman bunga. Biarkan dia menghidu bau haruman bunga-bungaan. Dia akan menyukai suasana yang mendamaikan ini, lebih-lebih lagi di bawa bercuti ke kawasan peranginan. 
Checked.
29. Jatuh dan angkat – Bayi memang suka menjatuhkan objek yang dipegangnya dari kerusi makanannya yang tinggi. Anda angkatkan dan berikan kepadanya. Kemudian dia menjatuhnya kembali. Sebenarnya bayi sedang belajar dengan persekitarannya. 
Checked. Smpi dh bosan, malas nk angkatkn.. hiks..
30. Membebel – kadang kala, bayi mengeluarkan suara yang tinggi dan membebel. Biarkan dia begitu. Dia sedang belajar tentang bunyi atau mungkin teruja dengan sesuatu objek. 
Checked.
31. Bina laluan halangan – Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, atau permainan di atas lantai. Kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut. 
Not yet done.
32. Ikut mimik muka dan bunyi – Ajak si manja anda mengikut muka mimik anda. Buat pelbagai aksi lucu atau bunyi yang bayi boleh tiru dengan mudah. 
Checked. My sis ckp, die perasan most mimicks yg Adam buat die tiru ummi die.. hiks lagi~
33. Aksi lucu – Kembungkan pipi dan suruh kanak-kanak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, proof! Tiupkan ke mukanya. Pasti dia suka aksi lucu ini. 
Checked.
34. Masa untuk bercerita – Sebelum tidur, bacalah cerita dongeng kegemarannya. Buat suara dan aksi semasa membaca cerita itu. Malah anda boleh tukarkan nama watak utama ke nama si manja supaya dia seronok. 
35. Lihat diri dalam cermin – Biarkan si manja merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain. 
Checked.
36. Taman permainan buatan – Anda baring dan si manja akan memanjat dan merangkak di atas anda. Kemudian dia akan mencium pipi anda. Permainan yang menyeronokkan anda dan si manja. 
Checked.
37. Mari mengira 123… – Usia si manja hampir satu tahun. Dia boleh berjalan. Jadi mari belajar mengira dengan jumlah anak tangga dalam rumah anda. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda. 
Not yet done. Br 7 bln..
38. Kenali wajah ahli keluarga – Letakkan gambar wajah ahli yang penting dalam kehidupan si manja anda. Sebutkan nama-nama wajah yang dikenalinya. Semakin si manja membesar, semakin dia mengenali orang disekelilingnya. 
Not yet done.
39. Golek bola – Golek bola dengan perlahan kepada si manja. Pilih bola jenis lembut supaya tidak mencederakannya. Si manja akan belajar untuk menangkap bola yang bergolek. 
Not yet done.
40. Kenali rakan sebaya – masa untuk mengenali dunia luar dengan membawa dia ke rumah teman yang mempunyai anak seusia anak anda. Biarkan dia bermain bersama rakan sebayanya. Checked. Tp kecik sgt lg.. tak main pun.. dok renung2 and pegang2. Adam suke lage kepale.. mcm semut.. hahah..
41. Menjerit – pernah mendengar si manja tiba-tiba menjerit! Ya. Ia berlaku apabila si manja begitu seronok dengan apa yang dilakukannya, walaupun hanya bermain seorang diri. 
Checked. Bwk tgk dlm peti ais pun menjerit.. adeihhh..
42. Berdikari – Apabila minum susu, si manja sudah boleh memegang botol susu dengan sendiri. Malah sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya. 
Checked. Sippy cup. Adam tak minum dlm botol..
43. Kenali anggota badan – Masa menukar lampin pun boleh digunakan untuk belajar. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian. 
Checked. Tp dh lame x buat sejak die bergolek2.. asik nk cepattt jeee..
44. Pegang tangannya – Sentuhan amat berkesan untuk memberi keyakinan kepada si manja. Pegang tangannya sambil mengerakkan jari kemrinya. Si manja suka akan aktiviti ini. 
Checked.
45. Tambah perbendaharaan kata – Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. 
Checked.
46. Pelukan – pelukan akan membuatkan bayi berasa selamat. Dia akan merasa selesa dan selamat semasa dalam pelukan ibunya.
Checked.
47. Bermain buai bersama – Bersama si manja bermain buaian di hadapan rumah. Duduk bersamanya sambil bercakap perkara yang menggembirakannya. 
Checked.
48. Segar – Sentiasa dedahkan si manja dengan udara yang segar. Elakkan membawa si manja di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan udara yang tercemar. 
Checked.
49. Kesihatan yang stabil – Sentiasa memantau kesihatan si manja supaya badannya tidak mudah dijangkiti penyakit. Dengan ini, si manja akan sentiasa aktif bermain untuk merangsang mindanya. 
Checked.
50. Rehat – baring bersama si manja setelah seharian bermain. Baring di lantai yang bersih atau di atas tilam. Lihat aksi si manja anda. Dia sudah tentu akan meneroka apa yang yang ada berhampirannya. 
Checked.

Comments

Popular Posts