Impikan 'Laksamana Sunan'..



Lima novel di atas menceritakan kronologi kisah perjuangan Laksamana Sunan menentang kebatilan. Walaupun begitu terselit juga kisah suka duka cinta fitrah manusia. 


Aku sangat terpengaruh dengan perwatakan luaran serta keimanan dan ketaqwaan laksamana agung ini yang ditonjolkan sehingga keperibadiannya yang mencontohi Rasulullah sangat aku impikan ada pada suamiku. 


Ada sekali sekala, suamiku memperlihatkan satu atau dua sunnah Rasulullah dalam kehidupan rumahtangga kami, aku terasa bahagia sangat dan bersyukur. Sentiasa dalam sujud terakhirku dalam solat, aku panjatkan kesyukuran disusuli doa agar kami sentiasa berada dalam rahmatNya, agar aku dan suami istiqamah dalam mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kami.




Insya Allah, kalau korang ada masa, carilah novel-novel ini dan baca lah.. RAMLEE AWANG MURSYID adalah penulis ketiga dalam senarai 'Penulis Kegemaranku' selepas A. SAMAD SAID dan FATIMAH SYARHA, yang sentiasa aku ikuti perkembangan, dari segi penulisan karya dan lain-lain..


Adik-adik aku yang memperkenalkan novel kronologi Laksamana Sunan ini pada aku. Aku kalau baca novel macam ini, satu hari pun boleh habis. Masa sekolah dulu, novel sastera 'Bukit Kepong' dan 'Konserto Terakhir' aku habiskan separuh hari je. 'Bukit Kepong' lama sikit la sebab ceritanya agak berat, tapi 'Konserto Terakhir' aku habiskan dalam waktu 'prep petang' je ok.. Punya fokus nya baca, I never skipped a word when I read. English novel ke, Malay novel ke, every word aku ratah.


Mesti korang ingat aku suka baca novel kan? Sebenarnya tak. Aku baca apa yang orang recommend. Aku lebih berminat baca artikel dan majalah2 ilmiah sebab abah aku dah ajar aku baca artikel sejak aku umur 10 tahun lagi.. Masa tu memang la tak faham, tapi sebab dah terbiasa, lama-lama jadi habit la..


---@@ with regards from ][Y][a][n][n][e][ @@--- daftar ahli bioasli percuma!

Comments

  1. Huu...kte xberape nk reti la bc novel ni dee..Xpernah2 hbs pon novel. tak kira la cintan cintun ke..kronologi ke ape ke..tp leh gak kalo nk cuba kan.hihi

    ReplyDelete
  2. haha.. cuba la.. sy smpi nk cr koleksi hard-cover die kutt.. huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts