Tiada akhir, tiada mula..

Pengakhiran 2010 dan permulaan 2011 dapat kita rasai di kalangan blogger2 aktif yang menulis tentang 'recap' 2010 dan azam tahun baru 2011.. Tapi saya?? Saya sangat sibuk sampai tak ada masa nak jenguk pun blog-blog orang lain, inikan pula nak 'post new entries' sempena berakhirnya 2010 dan bermulanya 2011.

Apa yang saya sibuk sangat tu? Haih.. Orang nak kahwin, macam ini laa. Lagi ditambah pulak, semua benda nak buat sendiri, dari pelamin ke baju pengantin ke hantaran ke bunga telur.. Rasa-rasa saya, yang menggunakan perkhidmatan berbayar atau sewa cuma catering dan sewa khemah. Hari kenduri nanti insya Allah pengurusannya oleh otai2 kenduri kat taman perumahan saya ini lah.. Alhamdulillah, rukun tetangga kami masih lagi prihatin terhadap kera'ian2 yang dianjurkan jiran tetangga. Yang paling besar di kawasan ini, majlis perkahwinan lah. Apa lagi kan?? Kawasan perumahan saya memang dipenuhi cikgu-cikgu pencen je..

Baru-baru ada masalah sikit dengan 'bridal tailor' yang buat baju saya. Kurang disiplin sikit. Suruh saya datang Isnin, tapi tak siap cantum lagi baju nya. Siap masa saya sampai tu, dia tengah tengok TV dengan gembiranya. Memang la dia duduk kat mesin jahit dengan baju saya tu, tapi boleh tak fokus sikit?? Tengok laa TV lepas baju saya siap ke takpe jugak kan.. Boleh pulak dia cakap dia lupa nak SMS saya suruh datang petang.. Haih.. sabo aje laaa...

Mintak2 la lepas ni semua berjalan lancar. Kad dah siap. Baju je ada beberapa helai yang saya nak tambah jahitan manik.. Please pray for me k? :)

Comments

  1. kak yanne!! tahniah :) amboi2, bile nak dapat kad nye ni.hehe..i hope evrtg fine with ur wedding preparation. semoge semua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. lorh.. taktau lagi ke... i tot i dah kecoh2 kt sanggar kirana semua.. huhu.. xpe2.. insya Allah nnt akak kasi kad kt sanggar.. huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts