Hati-hati! Ditangkap di negara asing kerana membawa dadah??

Malam semalam lepak dengan Mimie dan Hanis di Kelasik Tomyam. Mimie baru balik dari Aussie, setahun kat sana, balik-balik dah ada MSc. So, banyak jugak lah nak bercerita dengan si Hanis yang suka travel nih. Ada satu perkara ni yang menarik perhatian saya. Agak jakun jugak lah dengan benda nih. Sure korang selalu dengar pasal orang Malaysia especially perempuan yang ditangkap di Brazil la, tiba-tiba kat Jepun kena tangkap kat airport sebab membawa dadah yang melebihi had yang jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai MATI!! Sejak 5 tahun kebelakangan ni (kalau korang baca paper la), banyak sangat kes-kes melibatkan dadah di kalangan travelers muda. Dan mereka sendiri mengaku tidak tahu menahu macamana dadah-dadah tu boleh ada dalam simpanan (beg) mereka. YE!! MEMANG MENCURIGAKAN!!

Semalam, Mimie cerita, kat airport Aussie, kalau kapal terbang dari Asia terutamanya dari MALAYSIA sampai, contohnya MAS sampai, segorombolan polis dengan anjing-anjing polis akan tunggu untuk menyambut ketibaan pelancong MAS.. Hohoho~ Tapi... kalau kapal terbang dari UK ke, London ke, US ke, tak ada pulak sampai macam tu.

Gambar hiasan sahaja..

Saya dengan pelik dan jakun nya bertanya, kenapa eh?? So, terkeluar la cerita seperti di perenggan pertama di atas. Ye, negara kita disyaki penyeludup dadah terbesar Asia.. Hahaha.. Sungguh memalukan walaupun saya rasa kita kena sabotaj sebenarnya.. Macam cerita budak-budak yang kena tangkap sebab bawak dadah tapi tak tahu menahu apa-apa pasal dadah yang dibawa tu la.. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, barang-barang ini di masukkan ke dalam beg mangsa ketika mangsa tidak sedar..


Damn scary.. So, nasihat mereka (Hanis dan Mimie);
  • kalau naik flight, make sure tak bawak beg/luggage yang ada poket (berzip atau tidak berzip) yang senang diseluk. Sebaik-baiknya, bawa beg/luggage yang tiada poket langsung.
  • Dan jangan sekali-kali berada jauh dari beg anda! 100% look after your own bags...

Bahaya. Malang tidak berbau. Tak pasal-pasal jadi mangsa teraniaya pulak. Hisy.. Simpang dek malaikat 44.

ok la ni beg ni, smart.. :D

][Y]@nN[e][: Semalam 21 Januari, genap lah enam tahun saya dan kekasih hati berkawan. Hehe.. Sengaja announce.. :P rindu la pulak kat diee.. :(

Comments

Post a Comment

Popular Posts