Restu vs Setia.

Tiba-tiba aku rasa nak taip pasal hubungan percintaan pulak. Bukan apa, baru-baru ni ada orang yang aku kenal telah putus percintaannya.. Nama dirahsiakan.. (Heheh.. Stended la rahsia2 nama ni kan?) Mungkin belum putus tetapi hubungan goyah atau kedua-dua nya merahsiakan status mereka ketika ini? Malu agaknya sebab sebelum tu beriya-iya betul menggedik-gedik, berloving-loving dalam laman sosial itu.. (u noe wut) macam dunia ni depa yang punya lah..

Isk.. Hangpa toksah salah paham plak.. aku bkn nak kata.. aku nak bagi contoh saja, kalau tak kompem lagi tu, toksah la beriya-iya sangat tergedik-gedik, i love u, u love me, depan semua orang, macam la org len takdak awek, takdak balak.. isk.. aku pun malu nak baca.. tapi nak buat camana kalau dah kita terjebak dalam conversation tu kan.. terpaksa la baca... Kalau paihtu kawen naseb hangpa baik la, kalau tak jadi?



Di sini aku nak kelaskan perhubungan percintaan ni dari sudut restu keluarga dan kesetiaan pasangan:

  1. Keluarga si perempuan tidak restu. Si lelaki masih berusaha utk membuktikan keihlasan hatinya. Si perempuan percaya 100% keihklasan si lelaki dan bersabar dengan sikap keluarganya. Kedua-duanya setia meneruskan perhubungan, mengharungi berbagai dugaan bertahun-tahun lamanya, dan keluarga si perempuan akhirnya merestui.
    Korang rasa tak wujud percintaan begini?? Hanya dalam drama2 TV saje?? Korang silap! Hahah.. Masih ramai lagi manusia berjiwa tabah kat dunia ni ok~
  2. Keluarga si perempuan tidak restu. Si lelaki masih berusaha utk membuktikan keihlasan hatinya. Si perempuan pula nekad memutuskan hubungan kerana belum betul2 mengenali pasangannya. Si lelaki kecewa kerana tidak berjaya meyakinkan pasangannya.
    Ni x sabar nama nya. Cepat pulak goyah hati si perempuan ni sedangkan si lelaki betul2 ikhlas. Kalau sabar sikit insya Allah berjaya.
  3. Keluarga si perempuan tidak restu. Si lelaki pasrah. Si perempuan kecewa kerana si lelaki cepat mengalah sedangkan hatinya mahukan si lelaki. Putus hubungan.
    Kalau dia betul2 nak, mesti dia berusaha buktikan diri dia.
  4. Keluarga si lelaki tidak restu. Si lelaki bertegas membuktikan ketepatan pilihannya juga dan terus berusaha. Malangnya, si perempuan pula goyah hatinya kerana berasa tidak ada harapan lagi utk mereka bersama sekiranya keluarga si lelaki tidak menyukai dirinya. Si perempuan kalah dengan emosi nya lalu meminta putus hubungan kerana tidak mahu setia dan meneruskan pancaroba perhubungan mereka kerana tidak yakin akan mendapat apa yang mereka impikan.
    Hurm.. Ini maksudnya, perempuan tu tak serius lagi. Lelaki je beriye, last2 kene tinggal.. adess..
  5. Keluarga si lelaki tidak restu. Si lelaki tidak mempertahankan wanita kesayangannya. Si wanita kecewa tetapi apa yang boleh dilakukan. Takkan perigi nak cari timba?
    Kalau camni plak seolah-olah si lelaki tidak serius. Cari aje yang lain..
  6. Keluarga kedua-duanya tidak restu. Tapi pasangan ini tegar mempertahankan hubungan mereka sehingga salah satu atau kedua-dua keluarga pasrah dan merestui.
    Kalau salah satu restu pun ok lah tu. Mungkin setelah berkahwin, mereka lebih diterima.. ye lah.. mak bapak mana yang tak fikir masa depan anak2 kan?
  7. Keluarga kedua-duanya tidak restu. Salah seorang atau kedua-dua antara pasangan ini putus asa dan akhirnya putus tak kemana.
    Ni memang jalan buntu.. Dua-dua malas nak cari pasal dengan keluarga masing-masing. Ada jugak bagusnya.. huhu.. senang hati mak bapak, anak-anak ikut cakap. hoho..

Comments

  1. aku stuju part duk i love u n u love me lbey2 dlm fb n frenster.huhu...slalunya xkemana...k.restu...hmmm...bagi aku asal gal family baek2 ok la...

    ReplyDelete
  2. nice one~tapii mebi bole tambah dua-dua family tak restu, then couple kawen lari then akhirnya sedar perkahwinan ni takkan berjaya kalau takde restu family then akhirnya bercerai..

    atau

    both family tak restu then couple ni lari dari rumah dan bertambah la anak luar nikah~ huhuhu

    menarek la cerita awak ni. hehe. i loike~

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. boleh tambah jugak tu..

    tuh laa.. time wat post ni ade gak ter pk tp sbb dh pnjg sgt pastu tgn pulak dah malas nk type..

    thanx for adding, anyway..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts