Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer”, pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia !!

Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.

Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  1. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  2. Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  3. Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75. Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.

  • Tekanan sistolik - nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik - nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

 Kategori Sistolik
 Diastolik
 Normal < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 - 159 or 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2> 160 or > 100

 


Siapa Yang Berisiko mendapat Tekanan Darah Tinggi ?
  1. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan.
    Berat badan biasanya dikaitkan dengan lemak. Lemak yg tepu dalam darah menyumbat saluran dan menyebabkan kepekatan darah menjadi tinggi.
    Cuba kurangkan berat badan dan lemak-lemak di badan dgn bersenam, diet seimbang, kurangkan karbohidrat serta lebihkan protein kerana protein menghasilkan tenaga yg membantu dalam pembakaran kalori dalam makanan yang kita ambil.
  2. Kurang aktiviti / kurang bersenam.
    Kesibukan kerja dan aktiviti rutin harian yang lain meyebabkan kita tiada masa untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Tidak perlu bersenam sehingga 2 atau 3 jam sehari pun, dan bukan setiap hari.
    Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4 kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga menbantu mengurangkan berat badan.
  3. Kuat makan masin (garam).
    Garam umpama pasir yang menyerap air. Air yg berlebihan dalam darah akan meningkatkan tekanan darah.
    Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Peringatan: 1 teaspoon mengandungi 2.3g!
  4. Perokok:
    Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Mengalami stress / tekanan drpd persekitan.
    Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai tekanan yang kronin, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan bolehmengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi.
    Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalan diet tidak seimbang.
    Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.

    Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    - Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    - Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    - Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    - Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    - Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    - Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Dengan mengamalkan supplemen tertentu juga mampu utk membantu menurunkan kadar tekanan darah kita. Contohnya, pengambilan kapsul ekstrak bawang putih, minyak ikan dan lain-lain.

Shaklee menyarankan beberapa suplemen yang boleh diambil:
  • OmegaGuard: Membersihkan salur darah dengan membakar lemak-lemak yang menyekat kelancaran pengaliran darah.
  • Garlic Complex: Mencairkan darah, bagi membantu pengaliran darah ke jantung menjadi lebih lancar.
Untuk kesan yang lebih baik, disarankan juga pengambilan tambahan suplemen-suplemen:
  • B Complex: Mengawal tekanan darah.
  • Alfalfa: Mencuci toksin dalam darah, hati dan ginjal.
  • Lecithin: Memecahkan lemak dan kolesterol dalam darah.
  • CoQ Health Plus: Mengandungi CoQ10 untuk menjadikan jantung lebih sihat dan bertenaga mengepam darah ke seluruh anggota badan.


Jadi, anda dah pernah periksa tekanan darah anda? 

Bacaan mencecah sempadan (border)?

HINDARI IA SEBELUM TERLAMBAT...


Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
SMS/WhatsApp/Telegram 019-6658599
Email: yannedeclassic@gmail.com
FB Page: www.facebook.com/dyan2u

Inginkan peluang menjana RM2K dalam masa 3-4 bulan secara online? Sila PM/Whatsapp/SMS/WeChat.
Bimbingan disediakan secara PERCUMA sehingga berjaya!

Comments

Popular Posts