Tuhan lebih sayangkan Fir

*****************
Jumaat, 28/05/10
*****************
Subuh-subuh lagi kami sekeluarga sudah bertolak ke Shah Alam, seksyen 2. Esok, konvokesyen UiTM sesi ke-14 (pagi) dan ke-15 (petang). Mira, sesi ke-14. Tahniah Mira sebab dah grad diploma. Mira sekarang sedang melanjutkan pengajian Ijazah yang tinggal lagi 4 semester. Alhamdulillah. Aku berpuas hati dengan pencapaian dia setakat ini, bersesuaian dengan umurnya yang baru 19 tahun. Syukur. Tujuan ke sana awal sehari dari hari konvokesyen adalah kerana urusan pendaftaran dan pengambilan jubah serta raptai konvokesyen. Memang sibuk betul kawasan Dewan Seri Budiman hari itu.

Kami bercadang untuk menginap di rumah sewa Adib dan Khalis di Desa Vista, Sepang, lebih kurang 1 jam perjalanan dari Shah Alam. Setibanya kami di sana, kami berehat lebih kurang sejam dan kemudian keluar untuk window shop di Nilai 3 Wholesale yang cuma 15 minit dari Desa Vista. Malamnya, kami makan di Kompleks BBN. Di situ ramai orang, ada karaoke pentas dan pelbagai pilihan makanan seperti sate, roti canai dan masakan Thai. Kami memilih tempat di Restoran BBN dan memilih untuk makan masakan melayu dan siam sahaja. Humpphh.. Tak sedap. Bukan tak sedap yang biasa-biasa ni.. Memang tak sedap langsung! Kuah mi bandung tawar.. Nasi goreng kampung tak rasa apa.. Servis teruk! Order sate tak sampai2, rupanya dia dah bagi pada orang lain. Bila kita tanya balik, sate dah habis..

Sedang kami menikmati makan malam, tiba-tiba kami dikejutkan oleh satu berita buruk. Iqbal dapat call dari kawan-kawan di Teluk Intan tentang kepulangan seorang sahabat, Fir, ke rahmatullah lewat jam 9.45 malam akibat kemalangan. Lama jugak aku nak ingat pasal Fir. Recall2, baru terlintas di kepala aku, Fir kawan baik Iqbal yang selalu datang rumah especially hari raya, anak kepada cikgu yang merupakan kawan mak dan abah jugak. Innalillah.. Perginya seorang insan yang mulia pada pandangan aku. Seorang anak lelaki tunggal, abang sulung dan sahabat. Sesiapa yang mengenali Fir pasti akan menitikkan air mata menerima berita pemergiannya. Bukan meratap, tetapi mengenangkan kemuliaan hatinya sebagai anak, abang dan sahabat. Juga atas rasa belas terhadap keluarganya yang tinggal mengenangkan arwah adalah anak lelaki tunggal. Kini, tinggal lah adik perempuannya, Fatin, seorang.

***************
Sabtu, 29/05/10
***************
Seawal 5.30 pagi lagi kami sudah bangun. Tepat jam 6.15 pagi kami bertolak dari Desa Vista ke UiTM Shah Alam. Perjalanan konvokesyen selama 4 jam itu dirasakan sekejap. Selesai sesi bergambar, kami terus pulang ke Desa Vista kerana petang itu, kami berhasrat untuk kembali ke Nilai 3 untuk membeli barang-barang yang perlu selepas melihat-lihat malam tadi. Malam nya, kami makan di gerai yang terdapat di pasar borong Nilai 3 tersebut. Memang berbeza.. SEDAP! Umpph.. tapi masalah servis jugak sebab tak cukup pekerja kut.

***************
Ahad, 29/05/10
***************
Bangun pagi, kononnya nak balik Perak terus, tapi mak ada terlupa nak beli barang kat Nilai 3. So, kami singgah Nilai 3 dulu, then terus balik Perak. Sempat la singgah kedai 2PLY kat Sungai Besar sebab mak nak beli barang-barang untuk kek dan roti. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 5 petang. Mak, abah dan Iqbal memang telah merancang untuk ke rumah Fir. Sebenarnya, masih banyak perkara yang belum terjawab tentang bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku. Menurut rakan-rakan yang menelefon Iqbal, Fir yang bermotosikal telah terlanggar pokok di tepi jalan kerana main tendang-tendang dengan kawan bermotosikal yang lain. Tetapi masih tidak jelas. Ramai yang menyuruh Iqbal cepat pulang ke Teluk Intan seolah-olah ada sesuatu yang mencurigakan.

To be continued...

Comments

Popular Posts