Sekeliling Aku..

Bukan senang kita nak percaya orang-orang sekeliling kita. Dan bukan senang kita nak dapatkan kepercayaan orang terhadap kita sebab kebanyakkan orang percaya pada luaran sahaja dan pandangan pada pertama kali berjumpa walaupun tiada sepatah perkataan pun yang keluar. Hanya pandangan mata dan tingkah laku menjadi ukuran. Tak salah menilai luaran seseorang tetapi harus diingat, manusia diciptakan dengan unsur dalamannya juga iaitu hati. Kadang-kadang belum bertentang mata, hanya cerita-cerita tentang orangnya sahaja sudah cukup untuk dijadikan kayu pengukur. Kenapa? Mungkinkah kita lupa, kita juga manusia yang ada hati dan perasaan? Bukankah kita sama? Sifat luaran, dalaman tidak membezakan satu manusia dengan manusia lain di dunia ini. Apa yang membezakan kita hanyalah Taqwa di sisi ALLAH. Memang dasar manusia (yang bermaksud 'yang lupa') pelupa!

Prinsip aku, redha dengan apa yang orang fikir atau cakap tentang aku selagi semua itu tidak mengganggu hidup aku. Senang. Aku tak pernah percaya pada apa yang aku dengar atau lihat. Aku cuma percaya pada naluri aku yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapapun kecuali orang -orang yang dekat dengan hati aku. Jangan ada satu pun manusia sekeliling aku menentang naluri aku sebab aku akan padam dia langsung dari hidup aku. Dalam hidup aku, aku cuma hormat dan percaya pada orang-orang yang dekat dengan aku, susah dan senang bersama aku. Tak pernah sekalipun aku hilang dari hati-hati mereka, dan tidak pernah sekalipun mereka hilang dari hati aku.

Dedikasi khas untuk adik aku di Sepang:

Walaupun ada kalanya aku kecewa dengan sikap sesetengah orang yang dekat dihati, aku redha, kerana mereka tetap orang-orang yang sangat aku sayang di dunia. Mungkin aku lambat untuk sedar, tapi sekarang aku yakin, kerana Redha Allah menyusuli redha kedua ibu bapa aku, hidup aku terasa diberkati. Kerana kasih dan cinta aku pada adik-adik aku, aku rasa sangat disayangi, yang selama ini aku tak nampak, tapi sekarang semuanya jelas. Kerana kasihkan sahabat juga, aku terasa dihargai. Kita hanya perlu sedar, Allah sentiasa menyayangi hambaNya selagi hambaNya menyayangi dirinya sendiri.


Percaya lah.. We have always believed in you. But you seem not to believe in us. You choose to ignore our feelings. Maybe you don't realize that you have the most attention since small. I sacrificed a lot of my feelings and needs for you. And now, you want to throw it away, far away from you, like the tornado in your dream, and it tears my heart really bad.

KEKASIH AWAL DAN AKHIR

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS

CINTA HATIKU

Comments

Post a Comment

Popular Posts