Lain rebung, lain lenturnya.

Siang tadi aku tengok Nur Kasih dari external hard disk aku. Memetik perbualan Ustaz Hassan dan isterinya, Mak Jah dalam Nur Kasih episod 1.

"Anak kita dah mula jauh dari kita. Hari demi hari, ini saja yang abang fikirkan. Sebelum abang pergi, abang nak baiki kesilapan abang."

"Jah pun taktau bang."


"Selama ni, abang bagi sama rata. Apa abang bagi pada Aidil, abang bagi pada Adam."

"Mungkin kat situ salah kita. Aidil dan Adam tak sama. Kalau kita beri air kat pokok ni, berbunga. Kalau kita bagi air yang sama banyak kat pokok tu pulak, tak berbunga. Malah layu pulak. Sebab dia perlukan tanah kering untuk subur. Dia nakkan matahari, kita bagi air."


Ustaz Hassan mengangguk faham. Baru sedar, sebenarnya yang seorang itu perlukan lebih perhatian dan lebih perlu difahami kehendaknya berbanding yang seorang lagi yang mudah dibentuk dan mengikut kata.


Aku terkenang suatu situasi dalam keluarga aku. Memang betul. Ayah aku sendiri pernah menyatakan sesuatu seperti ini. Mungkin ayah aku perasan, aku terlalu banyak makan hati dari kecik lagi. Yelah. Aku anak sulung. Ayah aku harap aku faham, kenapa mak dan ayah aku melayan kami dengan cara yang berbeza-beza. Bukan abah tak pernah cuba untuk faham setiap seorang anak-anaknya. Bagi aku, mak dan abah dah buat yang terbaik untuk kami adik-beradik. Alhamdulillah. Semua berjaya dalam bidang masing-masing. Abah bagitau, aku boleh berdikari, aku tau apa aku nak. Abah bagi lebih perhatian pada adik aku sebab dia perlukan lebih perhatian supaya dia tak rasa dipinggirkan. Abah aku tau aku tak sensitif macam dia. Haha.. Mungkin sebab aku pandai simpan kesedihan aku? Abah tak pernah tau masalah aku selagi aku tak tunjuk atau bagitau sendiri. Ye. Aku memang pelakon yang hebat. :P Aku tak sengaja. Niat aku tak nak susahkan hati mak abah. Aku tak nak tambah beban. Mak abah ada banyak benda lagi nak fikir pasal adik-adik aku yang lain. Lagipun aku dah biasa selesaikan masalah aku sendiri.

Bukan aku tak pernah cuba untuk suarakan ketidakpuasan hati aku masa kecik-kecik dulu. Tapi tak pernah menjadi. Mulut macam terkunci. Kekuatan hilang tiba-tiba. Agaknya Tuhan suruh aku bersabar sebab ALLAH Maha Mengetahui bila aku dah besar sikit, aku dah mula faham. Dulu aku beriye-iye nak masuk sekolah asrama penuh. Di situlah aku belajar dan mendidik diri aku menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa dan kakak yang penyayang kepada adik-adik. Mungkin bila berjauhan, kita jumpa nur dan hidayah yang baru, untuk kita mula menghargai apa yang kita miliki selama ini.

Satu benda yang kelakar, abah sentiasa cuba untuk ingat makanan kegemaran kitorang, walaupun kadang-kadang abah 'confuse' tp kitorang tak kesah. Aku pulak jenis yang makan apa saja yang terhidang, so abah memang taktau apa yang aku suka kalau aku tak bagitau... hahah... Tapi ada satu hari tu aku terharu sangat sebab abah tau aku suka minum susu sebelum tidur.. Huuu.. nak menitik air mata masa tu sebab aku tak fikir pulak abah boleh ingat.. Masa tu aku cam mengamuk kat dapur sebab takde susu tepung langsung.. Rasanya dah bertahun-tahun aku tak minum susu kat rumah sebab sejak aku masuk asrama, takde sapa2 dalam rumah yang minum susu.. 6 bulan lepas SPM plak terus masuk U. So, bila aku dah bising2 tu mak aku cakap, mana ada sapa2 minum susu, kalo nak, krimer ade laa.. Huwaaa~~ Aku PMS kut time tu.. hahaha.. pastu abah cakap, "Abah lupa nak beli susu tepung. Abah tau anak abah yang ni suka minum susu sebelum tidur." Terkedu aku disitu.. Tak sangka ada yang perasan kewujudan aku.. wakakaka...

Korang tau tak? Sifat dan perangai kita tanpa pengaruh persekitaran dan makanan boleh dikategorikan mengikut nombor keberapa kita dalam adik-beradik. Menurut pengalaman orang tua-tua;

Anak Sulung: Paling banyak berkorban.
Anak Tengah: Nakal.
Anak Ketiga, dipanggil Alang (kalau perak, 'Yang'): Bodoh-bodoh alang.
Lurus bendul. Memang betul. Adik aku tu camtu la. haha..
Anak Bongsu: Manja. Paling disayangi semua kakak dan abangnya.

Gambar Hiasan

Comments

Popular Posts